BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Halaman

Rabu, 12 Mei 2010

Mengapa harus bersedih..?


Allah benar janji-Nya..Allah telah menentukan sesuatu..Yang hilang tidak bermakna binasa, yang pergi tidak bermakna kita hilang segala..Kalau kita ukur banyak mana yang Allah ambil dibanding dengan banyak mana yang telah Allah beri kepada kita..

Firman Allah :

"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya." (Surah Ibrahim : 34)

Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya, harta yang melimpah ruah..Pandang di sekeliling korang, apa yang kurang..? Takde yang kurang..Rumah, kereta, isteri, anak-anak segalanya cukup..

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa mesti berdukacita..? Mengapa harus bersedih..? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik..? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain..Tidak mustahil..

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya..Yakinlah..

Firman Allah :

“Janganlah engkau takut dan janganlah berdukacita." (Surah al-Ankabut : 33)

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak, penyakit yang menimpa, masalah keluarga yang banyak, masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan ini..Maka dia bersedih dan berdukacita..Jiwanya tertekan, muka muncung je sampai boleh buat gantung hanger..

Mengapa harus bersedih..? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah..? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah..Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini..Masalah yang besar yang tetap kita akan hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan..Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu..

Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak membuat kita tertekan..Anak kita nakal, degil, tak dengar kata, suka melawan dan sebagainya..Bukankah sudah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha mendidiknya..? Ingatlah, setiap didikan (yang baik) yang kita beri kepada anak kita akan dibalas dengan ganjaran pahala oleh Allah SWT..

Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini selain berdepan dengan hasutan iblis dan syaitan..? Iblis dan syaitan yang sentiasa menghasut kita untuk melakukan kejahatan..Sebab itu mujahadatun nafs (melawan nafsu), melawan iblis dan syaitan itu adalah asas kepada jihad manusia di muka bumi ini..

Iblis telah bersumpah kepada Allah SWT bahawa dia akan menyesatkan anak-anak Adam..Mereka akan berusaha untuk melakukannya sepanjang hayat kita..

Masalah yang kita lalui mematangkan pemikiran kita, mendewasakan kita..Akhirnya orang yang sudah banyak lalui masalah akan menjadi manusia yang tenang kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi..

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah, kita mesti terus berusaha, hanya Allah yang menentukan segalanya..

0 comments: