BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Halaman

Rabu, 12 Mei 2010



Hari ini aku bukan hendak mengulas keputusan piliharaya... Bukan juga mahu bercoret tentang perjalanan kehidupan dan juga bukan tentang yang selalu aku coretkan..

Ketika aku sedang melayan lagu-lagu nasyid..
tiba-tiba lagu Lafaz yang tersimpan kedengaran di telinga aku..

Tiba-tiba hati aku terasa sayu...
Sedih dan pilu.. Sememangnya sedih dan pilu..
Hampir-hampir menitiskan air mata..
Kenapa terasa kena pada diri sendiri..

Memang kena pada diri..
Secara jujur tanpa segan dan silu..
Aku mengaku..
Aku kurang sekali berinteraksi dengan bapaku..

Luluh hatiku yang sayu, Menatap wajahmu tenang dalam lena, Kasih zahirkan laku, Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya ,Dan raut tuamu membekas jiwaku, Meredakan rindu mendamaikan kalbu, Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu,Biarpun kuredah seluruh dunia, Mencari gantimu..

Mungkin usia yang meningkat kadang-kadang menghalang aku untuk berinteraksi secara terus. Ada masanya memang aku ingin berbicara panjang.. Tetapi seperti ada jurang yang luas..


Betapa sukarnya menyusun bicara,Meluahkan rasa menuturkan sayang, Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah, Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia..

Entahlah terasa terlalu sukar untuk mengungkapkan satu perkataan sayang itu.. KENAPA...

KENAPA dengan orang lain terlalu lancar dikatakan.. Kenapa bukan pada dia..

Masih kubiarkan waktu , Melarikan lafaz kasihku padamu..

Masihkah aku menantikan waktu yang sesuai.. Tetapi bila...??

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan
Akhir kata "Sayang bapak dan mak sangat-sangat"
*posting yang ditulis sambil air mata merembes-rembes diiringi lagu Lafaz Yang Tersimpan*

0 comments: